LANTANG memberikan sokongan terhadap negara Palestin, pelakon dan model Scha Alyahya tidak bimbang jika hubungannya dengan jenama-jenama besar antarabangsa terjejas.
Tegas mengenai isu ini, Scha, 40, berkata dia juga tidak teragak-agak menolak secara baik sekiranya ada jemputan daripada jenama yang mempunyai kaitan dengan Israel.
Malah, dia kini sedang menyusun semula jadual hantaran di media sosialnya bagi menghormati isu Palestin ini.

Scha ketika ditemui media pada Selasa.




