PIHAK polis tidak menolak kemungkinan untuk memanggil semula Datuk Amy Search bagi merakam keterangan berhubung kes membabitkan penyanyi Shila Amzah.
Menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, polis menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara sekiranya pihak berkuasa memerlukan keterangan lanjut bagi membantu siasatan.
“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kuala Lumpur sebelum dirujuk ke Pejabat Peguam Negara di Putrajaya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Shila sebelum ini mendakwa diherdik oleh seorang penyanyi legenda ketika sesi latihan sebuah acara konsert.





