BEKAS pekerja kepada Puteri Sarah Liyana iaitu Nazatul Nazira Zainol Abidin mengaku telah memasukkan hasil jualan produk kosmetik ke dalam entiti yang dibubarkan tanpa pengetahuan pelakon itu.
Dalam prosiding kes pecah amanah yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada pagi Jumaat, Nazatul Nazira selaku defendan turut mengaku tidak pernah menjadi rakan kongsi dalam mana-mana perniagaan milik Puteri Sarah.
Perkara itu dimaklumkan defendan di hadapan Majistret Norhanum Hassan.

Nazatul (kanan) mengaku telah memasukkan hasil jualan produk kosmetik ke dalam entiti yang dibubarkan tanpa pengetahuan Puteri Sarah.






