PENERBIT Datuk A. Aida tidak akan sesekali memilih lelaki berstatus suami orang sebagai pasangan hidup.
A. Aida atau Zaidah Awang, 53, berkata, dia tidak mahu melukai hati wanita lain sekiranya menjadi orang ketiga dalam sesebuah perkahwinan.
Malah katanya, dia lebih rela berkahwin dengan lelaki muda dan masih bujang berbanding mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang sudah pun mempunyai isteri.







