Hiburan

Pesona Sinema FFM35 santuni ribuan mahasiswa, pelakon popular turun padang kongsi pengalaman industri

PERSATUAN Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menganjurkan siri jelajah forum Pesona Sinema FFM35 bagi merapatkan jurang mahasiswa dengan penggiat seni tempatan.

Siri jelajah selama dua hari itu bermula di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kuala Pilah pada 17 November, sebelum melabuhkan tirainya di UiTM Kampus Rembau pada Rabu.

Program itu berjaya menghimpunkan hampir 1,000 mahasiswa yang berpeluang mengikuti perkongsian eksklusif daripada barisan tokoh dan penggiat seni tersohor tanah air.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh