KATA-KATA daripada seorang peminat yang tidak dikenali menjadi pendorong buat penyanyi Aina Abdul tampil dengan sebuah persembahan berskala besar di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang berlangsung pada malam Sabtu.
Kata Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, pertemuan tanpa sengaja dengan individu berkenaan telah mengubah fikirannya untuk memberikan sebuah konsep persembahan yang berbeza daripada apa yang biasa dilakukan sebelum ini.
“Selepas beberapa perbincangan dengan pasukan, saya bertanya kepada diri sendiri sama ada patut buat persembahan all out atau sebaliknya. Tetapi Allah beri petanda itu secara perlahan-lahan. Ketika hendak buat keputusan itu, ada makhluk Allah datang beritahu saya patut buat begitu dan begini.

Aina terjemahkan maksud lagu Kamu dalam persembahan dengan simbolik gunung berapi.






