KEMENANGAN dalam program Famili Duo musim keempat (FD4) yang berlangsung pada malam Ahad menjadi penutup terindah buat penyanyi Shiha Zikir.
Kata Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 37, ini juga merupakan penyertaan terakhirnya dalam program realiti televisyen selepas banyak kali terlibat dengan program sedemikian.
“Saya sudah banyak sertai program nyanyian realiti sebelum ini dan sudah keluarkan semuanya. Buat masa sekarang ini adalah penyertaan terakhir saya tapi saya tak tahu lagi apa akan jadi dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Ieda dan Shiha bergelar juara Famili Duo 4.






