PERTAMA kali tampil sebagai watak utama, pelakon Syazlie Syazz sedia dan terbuka untuk menerima kritikan penonton terhadap lakonannya dalam filem terbaharu berjudul The Keris.
Bagi Syazz atau Mohamad Syazlie Shah Ninam Shah, 28, setiap respons sama ada baik atau sebaliknya adalah penting untuk membantunya terus memperbaiki mutu lakonan.
“Mulut manusia memang kita tak boleh nak buat apa-apa. Mereka ada hak masing-masing.

Syazz melakukan sendiri babak aksi dalam The Keris.






