KUMPULAN popular dari Indonesia Ungu bakal menghiburkan peminat di negeri Pantai Timur dalam acara Pesta Muzik Kuantan yang akan diadakan pada 24 Februari tahun depan.
Penampilan istimewa Ungu dan penganjuran pesta ini bersempena menyambut kepulangan Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah yang bakal menamatkan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Teruja diberi peluang sebegitu, vokalis Ungu iaitu Pasha juga tidak sabar untuk menghiburkan peminat bersama-sama barisan artis tempatan yang turut terlibat pada acara berkenaan.

Pasha teruja mahu jumpa peminat Kuantan.






