NAMA personaliti media sosial Kasih Iris Leona sering menjadi perhatian ramai bukan sahaja kerana karakternya yang bersahaja dan bijak mencuit hati pengikutnya di media sosial.
Berlawanan dengan personaliti kembarnya iaitu Andika Rees Pahamin, Leona, 24, memberitahu abangnya itu memang seorang pemalu dan tidak aktif di media sosial.
Bagaimanapun katanya, perkara itu bakal berubah apabila dia berazam ‘membuang’ sikap pemalu Rees dengan menjadikannya sebagai seorang influencer dalam tempoh dua bulan.