Hiburan

Persembahan ‘patuh’ Aina Abdul tetap gah, iringan 60 pemuzik MPO serlah keunikan vokal

PERTAMA kali tampil membuat persembahan bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), Aina Abdul sekali membuktikan dia seorang penyanyi versatil dalam memberikan kelainan setiap kali muncul di atas pentas.

Diiringi 60 pemuzik orkestra, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, turut menunjukkan sisi ‘patuh’ bersesuaian dengan pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang berprestij dengan nyanyian lebih bersahaja tetapi bertenaga.

Setiap kali Aina membuka mulut melontarkan kekuatan vokalnya, seluruh dewan sepi memberi perhatian kepada nyanyiannya dengan paduan pemuzik orkestra pimpinan Ahmad Muriz Che Rose.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh