PENYANYI Danial Chuer tampil menjawab dakwaan segelintir netizen yang menganggap dia seolah-olah terlalu menonjol atau ‘overshadow’ peserta Big Stage X Rocketfuel, Ranisha ketika membuat persembahan duet pada malam Ahad.
Danial atau Danial Chuer Hamasiah @ Samsudin, 25, berkata konsep persembahan serta susunan vokal menerusi lagu Kamu nyanyian Aina Abdul itu telah dipersetujui Ranisha sebelum mereka tampil di pentas.
Kata Danial, dia sendiri beberapa kali mendapatkan pandangan Ranisha bagi memastikan persembahannya itu tidak menenggelamkan penyanyi berkenaan.

Antara komen netizen yang mendakwa persembahan Danial memberi kesan kepada markah Ranisha.






