KEMESRAAN dan keakraban pelakon Datuk Jalaluddin Hassan dan pengarah muzik Datuk Ramli MS bukan dibuat-buat demi mengejar rating program Travel Lawak: Projek Bapak-Bapak.
Sebaliknya kata Jalaluddin, 71, keikhlasan hati menjadi faktor mereka kekal bersahabat sejak bertemu di set penggambaran musim pertama program tersebut dua tahun lalu.
“Hubungan baik di antara kami bukan buat-buat di depan kamera atau hendak mengejar rating, tidak!

Jalaluddin sifatkan Ramli seorang sahabat yang penyayang.






