KETIKA perniagaan semakin berkembang, pelakon Dazrin tidak menafikan ada ramai pihak yang cuba mendekatinya untuk mendapatkan bantuan.
Kata Dazrin, 37, meskipun namanya pernah dilupakan oleh pihak terbabit, namun tidak sekalipun dia menyimpan dendam atau membalas dengan perbuatan jahat.
"Itu adalah lumrah kehidupan. Saya sudah lalui semua itu. Dahulu, ketika saya aktif berlakon, semua mahu rapat dan mengaku saudara. Apabila jatuh, saya seorang diri di rumah hampir gila. Produser yang berjanji dan memberi tawaran berlakon pun sekadar cakap kosong.

Pengalaman hidup susah mengajar Dazrin menjadi lebih prihatin.





