PENERBIT Jaja Ishak menegaskan setiap penyanyi dan artis perlu memiliki tahap disiplin serta komitmen yang tinggi sekiranya mahu memastikan perjalanan karier seni terus kukuh dan relevan.
Menurut Jaja, pengalaman lalu banyak memberi pengajaran bahawa kejayaan dalam industri hiburan bukan hanya ditentukan oleh bakat dan populariti, sebaliknya bergantung kepada sikap, semangat kerja berpasukan dan kesungguhan dalam setiap tugasan termasuk promosi, latihan serta perhubungan awam (PR).
"Saya pernah berdepan situasi penyanyi yang enggan hadir ke promosi, malas ke sesi radio, malah menolak persembahan kecil.

Jaja (kiri) bersama Hadie dan ibunya Ina Naim untuk sebuah projek yang bakal diumumkan. 



