PEMAIN bola sepak kebangsaan, Haqimi Azim Rosli yang kini berada di Bangkok, Thailand bergegas pulang ke tanah air untuk menatap wajah bapa tirinya yang juga pelakon Allahyarham Daddy Rock buat kali terakhir.
Dalam hantaran terbaharu yang dimuat naik di InstaStory miliknya, Haqimi memuat naik foto berada di lapangan terbang selepas berada di negara itu bagi aksi penentuan hidup mati Kumpulan B (Bawah 23), Sukan Sea menentang Vietnam Khamis ini.

Haqimi kini berada di lapangan terbang di Bangkok untuk pulang menatap wajah arwah bapa tirinya.
“Ya Allah, permudahkanlah perjalananku untuk bertemu dengannya buat kali yang terakhir ini,” katanya beserta emoji menangis.





