HANTARAN pelakon Sweet Qismina di laman Threads menyentuh hati peminat apabila secara terbuka menzahirkan impian dan harapan untuk dikurniakan rezeki cahaya mata.
Bukan sahaja buat dirinya, malah Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 29, turut mendoakan perkara sama buat wanita yang sedang berjuang mendapatkan zuriat atau biasa dengan istilah TTC (trying to conceive).
“Ya Allah, semoga tahun ini saya dan kawan-kawan TTC dapat hamil,” katanya ringkas di laman Threads pada Selasa.

Hantaran Sweet di halaman Threadsnya.




