HANYA empat tahun bertahan, penyanyi dan penyacara Mimie Haris mengumumkan dia kini sudah sah bercerai dengan suaminya, Khairril Anuar Md Dahilin.
Berita tersebut dimaklumkan Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris, 36, dalam satu hantarannya di Threads.
Kata Mimie, dia dan bekas suami memilih untuk membuat haluan masing-masing secara matang dan profesional selain memberi fokus terhadap tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Mimie enggan mendedahkan tarikh sebenar perceraiannya.






