PELAKON Fattah Amin berpandangan setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menyalurkan bantuan dan sokongan terhadap rakyat Palestin yang kini berdepan dengan konflik kemanusiaan.
Menurut Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, tidak semua orang perlu berada di medan perang untuk menunjukkan solidariti, sebaliknya pelbagai usaha boleh dilakukan dari dalam negara sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap perjuangan rakyat di sana.
"Insya-Allah, perjuangan setiap orang itu berbeza-beza. Mungkin ada orang rasa dia perlu ke Gaza… itu terpulang,” katanya kepada mStar.

Fattah ketika di sidang media Nez Bersama Palestin.






