SETELAH sekian lama tidak aktif membuat persembahan, penyanyi Ismail Izzani akhirnya berjaya memujuk ibunya, Suliza Salam, untuk kembali ke studio merakamkan lagu duet baharu berjudul Janji Mama.
Ismail atau Ismail Izzani Zainal Nazeri, 25, berkata dia sudah lama memasang impian untuk berduet dengan ibunya dan lagu baharu mereka itu dianggap sebagai sebuah karya yang cukup bermakna.
"Mama akan jadi penampilan khas dalam album saya. Nak pujuk dia memang susah sebab dia memang sudah tak mahu menyanyi lagi, tapi saya minta dia buat khas untuk saya.







