PELAKON dan pengarah Liyana Jasmay mengakui terkilan apabila ada rakan industri yang bercakap buruk tentang dirinya di belakang.
Liyana, 38, berkata perkara itu lebih mengecewakan apabila ia bukan datang daripada netizen, sebaliknya individu yang berada dalam lingkungan industri seni sendiri.
"Sebenarnya perkara ini (cakap belakang) bukan datang daripada netizen. Saya bukan cuba nak menjatuhkan ataupun mengaibkan sesiapa tetapi kebersamaan dalam industri ini memang tidak ada.







