PENYANYI Park Bo Ram meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam tandas kediaman rakannya pada malam Khamis.
Allkpop melaporkan, Bo Ram, 30, datang ke rumah rakannya itu untuk menghabiskan masa bersama sebelum dia pergi ke tandas kira-kira pukul 9.55 malam.
Bagaimanapun salah seorang rakan mendiang berasa tidak sedap hati apabila penyanyi itu terlalu lama di dalam tandas dan pergi memeriksa keadaannya.

Pemergian Bo Ram mengejutkan ramai peminat.





