VIDEO promosi filem muzikal Indonesia, Rangga & Cinta yang disiarkan berulang kali di stesen televisyen popular, TV3 mengundang rasa kurang senang dan rimas dalam kalangan penonton setianya.
Menerusi beberapa perkongsian yang tular di media sosial, sebahagian penonton mendakwa iklan tersebut terlalu kerap ditayangkan hingga mengganggu pengalaman menonton.
"Kepada TV3. Mohon berhenti try hard promosi cerita Indonesia, Rangga & Cinta. Setiap kali iklan, promosi filem ini sampai dua kali ulang. Apa yang try hard sangat ni?

Antara luahan pengguna media sosial terhadap video promosi filem Rangga & Cinta.






