PENJARA Wilayah Narathiwat, Thailand menafikan dakwaan bahawa penyanyi Eda Ezrin memfailkan cerai terhadap suaminya Mohamad Afendi Ahmad.
Pengarah penjara berkenaan iaitu Surin Chantep memberitahu Eda tidak pernah membuat sebarang tuntutan fasakh seperti dakwaan yang tular sebelum ini.
“Kami tidak menerima sebarang permohonan daripada Eda. Ini hanyalah khabar angin tidak berasas. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana perkara ini boleh timbul kerana dia (Eda) tidak pernah menyuarakan hasrat demikian,” katanya seperti dalam laporan Harian Metro.







