GITAR milik anggota kumpulan Sheila On 7 iaitu Eros berjaya dijual dengan harga RM11,000 ketika bidaan dibuat menerusi konsert Tombo Ati Ridho Illahi Opick dan Salman Al Jugjawy yang berlangsung pada malam Sabtu.
Gitar yang ditandatangan sendiri oleh Eros, Opick dan Salman itu pada awalnya dilelong pada harga RM3,000 dan hasil jualan itu akan disalurkan kepada tabung bantuan Palestin.
Alat muzik berwarna hitam itu berjaya dibida oleh pengurus kepada pelakon Nur Fazura iaitu Iman Tang.

Opick (kanan) membawa gitar milik Eros.






