SATU per satu ujian terpaksa dihadapi The Gadys dalam perjalan kerjaya muzik mereka namun perkara itu tidak mematahkan semangat kumpulan itu untuk terus berkarya.
Mengimbau semula detik pahit penggunduran dua bekas ahlinya iaitu Nelissa Nizam dan Faa Zaini, anggotanya Aznie Azmi menyifatkan momen tersebut sebagai perkara paling menyedihkan.
Jelasnya, dia sukar menerima kenyataan pada awalnya memandangkan kerjaya yang dibina sebelum ini sudah pun berada di tahap selesa.
The Gadys berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Khamis.