SERING menghulurkan bantuan dan membantu dalam menyelesaikan isu semasa, penyanyi dan aktivis Caprice bagaimanapun enggan lagi terlibat dalam kes melibatkan hal rumah tangga orang lain.
Tetap dengan pendirian tersebut, Caprice atau Ariz Ramli, 34, terpaksa menolak permintaan seorang pengikut media sosial meminta bantuannya berkaitan perkara tersebut.
“Walaupun team kami memang laju bab-bab cari bukti, siasat dan cover, kita dah tak ambil kes-kes rumah tangga,” katanya.
Caprice menolak permintaan seorang pengikut di media sosial.