MELIHAT keadaan semakin serius, pengarah drama Dua Nyawa, Riza Baharudin tampil memberikan penjelasan berhubung beberapa perkara yang dibangkitkan sepanjang proses penggambaran karya berkenaan.
Riza berkata, aspek keselamatan, keselesaan dan kebajikan setiap pelakon serta kru produksi sentiasa menjadi keutamaannya sepanjang penggambaran.
Menurutnya, setiap adegan dirancang dan diarahkan berdasarkan keperluan skrip, perkembangan watak serta kesesuaian jalan cerita.






