TIDAK mahu menyalahkan penganjur festival muzik yang dilihat lebih mengutamakan band antarabangsa, Kugiran Masdo berpendapat anak seni tempatan perlu berusaha lebih keras untuk membuktikan kemampuan masing-masing.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, vokalisnya, Ali Sariah, 34, berkata band tempatan seharusnya mencari peluang untuk menonjolkan keistimewaan serta kelebihan mereka bagi menarik perhatian penganjur acara.
"Apabila keadaan sudah jadi begitu, kita perlu melihat apa yang boleh ditawarkan sebagai sebuah band atau artis kepada penganjur acara dan promoter.

Masdo terdiri daripada tiga anggota iaitu Putu Ceri (kiri), Asmawi dan Ali.






