PENYANYI Ariff Bahran memberitahu penganjur acara yang didakwa menipu wang miliknya serta rakan-rakan lain berjanji akan melunaskan bayaran tertunggak berjumlah RM425,000 pada Jumaat.
Bahran atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 27, bagaimanapun tidak meletakkan harapan tinggi memandangkan janji sama pernah dibuat sebelum ini.
“Kemas kini isu RM425,000. Dia (penganjur acara) kata akan buat bayaran hari ini.

Perkongsian Bahran di Threads miliknya.





