SUSULAN kontroversi status tayangan filem Konspirasi, syarikat penerbitan Elepgfilm Entertainment menegaskan keputusan itu dibuat secara dalaman tanpa sebarang pengaruh luar.
Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram, syarikat berkenaan memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai faktor termasuklah situasi semasa.
“Pihak Elepfilm Entertainment ingin menjelaskan bahawa keputusan untuk menghentikan tayangan filem ini di pawagam dibuat setelah mengambil kira pelbagai pertimbangan berdasarkan situasi semasa.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbit filem Konspirasi.




