SYARIKAT penerbitan, Elepfilm Entertainment akhirnya mengesahkan bahawa tayangan filem Konspirasi di seluruh rangkaian pawagam Malaysia telah ditamatkan berkuat kuasa 28 Mei lalu.
Menerusi satu kenyataan rasmi, pihak produksi memaklumkan bahawa keputusan itu terpaksa diambil berikutan perkara yang tidak dapat dielak, namun punca sebenar tidak didedahkan.
“Pihak produksi secara rasmi mengumumkan bahawa filem aksi-thriller terbaharu terbitan kami, Konspirasi telah ditamatkan tayangannya di seluruh rangkaian pawagam Malaysia berkuat kuasa pada 28 Mei 2026 yang lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbit filem Konspirasi.




