PELAKON Reen Rahim tampil menyuarakan pandangan mengenai jalan cerita drama tempatan yang terlalu kerap memaparkan kisah penyondol dan wanita yang digambarkan lemah atau tidak bermaruah.
Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 38, berkata sebagai penonton dia mengakui berasa penat melihat naratif yang berulang-ulang dan tidak banyak menampilkan nilai positif dalam penceritaan.
Kata Reen, kebanyakan drama masa kini sering memaparkan karakter lelaki yang tidak mempunyai pegangan serta wanita yang lemah, sedangkan realiti masyarakat hari ini sudah jauh berubah.

Perkongsian Reen di Threads miliknya.






