PELAKON Ungku Ismail Aziz beranggapan bahawa bukan mudah untuk mendapatkan karya berkualiti dalam industri seni pada masa ini, berbeza dengan situasi suatu ketika dahulu.
Ungku, 41, berkata, sebagai pelakon, dia terpaksa akur dengan permintaan semasa penonton yang lebih cenderung kepada karya bersifat ringan, walaupun jauh di sudut hati merindukan naskhah yang mempunyai nilai dan mesej mendalam.
"Jujur aku cakap, sudah lama tak dapat naskhah yang berkhasiat macam ini. Kami sebagai pelakon pun penat dengan permintaan semasa, tapi apakan daya," katanya.

Syurgamu Ramadhan pernah cetuskan fenomena sebelum ini.





