PELAKON Datin Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.
Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 32, juga menyifatkan pengalaman bergelar ibu sebagai momen paling indah dalam hidupnya.
Menurut Nelydia, kehadiran bayi lelaki berkenaan merupakan satu anugerah yang sentiasa menjadi doa dan impian buatnya dan suami, Datuk Mohd Hafez Halimi.

Penantian tujuh tahun pasangan ini terjawab dengan kelahiran cahaya mata lelaki pada Ahad lalu.





