KECOH dalam kalangan peminat kumpulan BTS apabila tular satu gambar konsert di Busan, Korea Selatan yang memaparkan bahagian belakang badan salah seorang anggotanya, Jimin, kelmarin.
Lebih mencetuskan perdebatan, imej berkenaan turut menimbulkan spekulasi apabila tubuh individu dalam foto tersebut kelihatan berjerawat serta mempunyai tatu.
Kekecohan itu mengundang dakwaan bahawa ia telah disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Sebelum (kiri) dan selepas (kanan) foto Jimin disunting.





