PENYANYI Ara Johari tidak dapat menahan air mata apabila melihat seorang peminat wanita menangis sewaktu dia menyampaikan lagu Menjaga Jodoh Orang Lain dalam sebuah acara yang berlangsung di Mutiara Rini Park, Johor Bahru semalam.
Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 27, dilihat berjalan menghampiri peminat tersebut yang sedang mendukung seorang anak kecil sambil menyanyikan lagu dengan penuh emosi.
Situasi menjadi lebih menyentuh hati apabila peminat itu tidak dapat menahan tangisan, sebelum Ara menggenggam erat tangannya sebagai tanda sokongan.

Ara cuba tenangkan peminat yang menangis ketika menyampaikan lagu Menjaga Jodoh Orang Lain. 



