BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menyifatkan seorang peminat bernama Mohd Fadzil, yang kini terlantar sakit merupakan individu penting dan sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi sejak sekian lama.
Menurut Siti, 46, dia telah dimaklumkan lebih awal mengenai keadaan kesihatan Mohd Fadzil dan berasa amat terkejut apabila mengetahui peminat berkenaan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami komplikasi kesihatan serius akibat tekanan darah tinggi.
"Peminat saya, Mohd Fadzil, merupakan antara orang yang sangat setia dengan saya. Ke mana sahaja saya pergi, wajah dia sentiasa ada.

Ramai kagum melihat Siti melawat peminat di hospital.






