PELAKON Nasha Aziz memilih untuk memperlahankan perjalanan karier lakonannya buat sementara waktu selepas melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadi.
Menurut Nasha atau Noraishah Abdul Aziz, 55, selepas pemergian ibu tercinta pada Mac tahun lalu, ia memberi kesan mendalam sehingga membuatkan dia perlu mengambil masa untuk bertenang dan memulihkan emosi sebelum kembali ke set penggambaran.
"Sudah tentu saya nak berlakon balik tapi sekarang saya berada dalam fasa ‘cooling session’ selepas ibu saya meninggal dunia tahun lalu.

Nasha masih mempunyai hasrat kembali ke set lakonan.






