PEMENANG kategori Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) bakal menerima sokongan khas daripada kerajaan melalui Dana Kandungan Kreatif (DKK) berjumlah RM1 juta.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, langkah itu diambil bagi memberi dorongan kepada penggiat industri menghasilkan karya yang lebih berkualiti dan mampu mencipta impak besar dalam pembangunan sektor perfileman negara.
“Kita bangga dengan kutipan filem box office yang dicapai tahun ini kerana ia menjadi petanda positif terhadap perkembangan industri filem negara, sekali gus menunjukkan sektor perfileman di Malaysia berkembang dengan baik.

Antara filem-filem yang dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik FFM34.






