Hiburan

Pemain dram Meditasi meninggal dunia

PEMAIN dram kumpulan Meditasi iaitu Raja Azreen dilaporkan meninggal dunia selepas secara tiba-tiba rebah ketika membuat persembahan di Kuantan, Pahang pada malam Sabtu.

Vokalis kumpulan berkenaan iaitu Burn mengesahkan pemergian rakannya itu memberitahu jenazah akan dibawa pulang ke Bandar Baru Bangi, Selangor bagi urusan pengembumian.

Raja Azreen mula menyertai Meditasi sekitar tahun 1990.

“Jenazah akan tiba di Surau Bangi Perdana. Jenazah sekarang sudah bergerak dari Kuantan,” katanya ringkas.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh