PENGUMUMAN pengarah dan penerbit Puan Sri Tiara Jacquelina mengenai pemilihan dua pelakon utama bagi menggalas satu watak yang sama dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat.
Tampil memberikan pencerahan, pelakon dan pengacara Karl Shafek menjelaskan bahawa kaedah tersebut sebenarnya merupakan standard biasa bagi sesebuah produksi teater yang besar.
Menurut Karl, kewujudan pelakon kedua bukanlah membawa maksud pihak produksi tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan mereka, namun sebaliknya mempunyai sebab-sebab tertentu.

Mimi dan Nadia diumum sebagai Bayan.






