PELAKON Eyra Hazali tampil memohon maaf selepas seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa mengenai hidangan di gerai shell out miliknya dan suami yang terletak di Seri Alam, Johor.
Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 27, mengakui terkejut melihat makanan yang diterima pelanggan itu kerana tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Pertama sekali, saya nak minta maaf sangat-sangat atas pengalaman yang mengecewakan ini. Terima kasih kerana berkongsi maklum balas jujur awak.

Eyra akan mengkaji semula mengenai SOP makanannya.






