Hiburan

Pelakon veteran Charlie Nu’man meninggal dunia akibat kanser usus

PELAKON veteran, Charlie Nu’man Salleh, 71, disahkan meninggal dunia di rumah anaknya di Sri Rampai, Wangsa Maju kira-kira pukul 8 malam Khamis.

Berita sedih itu dikongsikan adiknya iaitu Yusri Salleh yang memberitahu Allahyarham meninggal dunia akibat kanser usus tahap empat.

“Baru saja dalam pukul 8 malam tadi, ambulans datang sahkan kematian di rumah anak perempuannya. Buat masa sekarang masih tunggu surat laporan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Allahyarham meninggal dunia selepas seminggu disahkan kanser usus.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh