PELAKON dan pelawak Ammar Titan berkongsi pengalamannya berdepan situasi kurang senang apabila bertemu seorang aktres yang seolah-olah memperkecilkan bakatnya.
Enggan terlalu ambil pusing, Ammar atau Azizul Ammar Abu Hassan, 38, berkata kejadian itu dijadikan pengajaran untuknya lebih menghormati orang lain pada masa akan datang.
"Saya anggap dia mahu menguji saya. Mungkin juga dia ingin menyatakan industri lakonan ini bukan main-main. Nak masuk dalam industri perlu hati yang kuat.

Ammar mahu buktikan dia juga berbakat dalam lakonan.






