PELAKON lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya sudah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, suspek bagaimanapun tidak ditahan dan dibebaskan sebaik sahaja keterangannya diambil.
“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya memetik laporan Harian Metro.





