PELAKON Zara Zya mengimbau kembali kenangan pernah diperlekehkan seorang artis hanya kerana ketika itu namanya belum dikenali ketika awal kemunculannya dalam dunia seni.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, berkata insiden tersebut masih segar dalam ingatannya walaupun sudah lama berlalu.
Cerita Zara, artis wanita yang digelar sebagai ‘J’ itu pernah mengejeknya secara terbuka ketika mereka menjalani penggambaran sebuah telefilem di sebuah pusat beli-belah.

Perkongsian Zara jadi perhatian.






