PELAKON Lydia Ibtisam dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam badan pada Khamis.
Lydia yang terkenal menerusi drama Impian Ilyana menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur kira-kira pukul 4 petang.
Sebelum itu, berita sedih berkenaan disahkan oleh sahabatnya iaitu pelakon Mimi Ernida dalam satu hantaran di aplikasi Threads.






