PELAKON Murakami Nijiro menjadi perhatian ramai selepas didakwa melakukan keganasan terhadap bekas teman wanitanya.
Murakami, 29, didakwa menumbuk muka mangsa serta melakukan beberapa bentuk keganasan lain sehingga menyebabkan wanita berkenaan mengalami kecederaan serius yang mengambil masa lebih sebulan untuk pulih.

Murakami Nijiro mengaku dengan dakwaan tersebut.
Aktor itu juga dikatakan telah dirujuk kepada pihak pendakwaan atas dakwaan yang berlaku sekitar dua tahun lalu.




