PENGARAH Osman Ali meluahkan rasa kecewa apabila ada sesetengah pawagam menghentikan tayangan filem arahannya berjudul Telaga Suriram selepas dua minggu ia dilancarkan.
Menganggap ia satu perkara yang tidak wajar, Osman, 52, juga memberitahu filem tersebut masih berada dalam kedudukan 10 teratas pilihan penonton berdasarkan semakan yang dibuat.
Justeru dia berharap karya berkenaan akan terus mendapat slot tayangan agar memberi lebih peluang untuk penonton menyaksikannya.

Osman berharap agar tayangan filem Telaga Suriram diteruskan.






